Showing posts with label Kajian. Show all posts
Showing posts with label Kajian. Show all posts

Wednesday, February 27, 2008

Kajian (5) : Cerita di sebalik Candlestick

February 27, 2008

Sememangnya ramai yang confused tentang definition of trend... dan regarding trends, trends mean different things to different people.... Aku ingat lagi sebab kenapa kita kena trade in direction of trend... alasan yang simple ialah extension of price lagi besar in trend direction berbanding counter trend...
Logiknya... trend is a persistent direction of move,So bila awak kata in on an up trend, maka normally highs get higher and low stays higher,conversely a down trend, when the low gets lower and the high stays lower.
Aku tengok chart awak.. dan nampaknya ia memenuhi definition diatas... Linda Rasahke (famous short term trader)... ada nasihatkan.. kalau confused tentang trend.. alway focus on right side of chart at look at above definition...
Disebabkan no trends move in a straight line advance or decline.within any major trend, there are minor trends, then there are intraday trend, hourly trends and so forth...its your choice to decide which is within your scope to cope with.
p/s:
Just curious.. adakah hang just guna one timeframes untuk determine trend dan OB/OS... atau hang guna multiple TF... Satu lagi; sebab hang guna small TF;
note: Biasanya kalau orang guna 4Hr chart untuk determine trend dan only trade on 4Hr TF direction... maka the best entry ialah apabila 1H TF menunjukkan OS untuk Long in 4Hr Bullish trend and OB untuk Sell in 4hr Bearish trend... Adakah hang guna konsep nie.. atau just guna SR
JC


Monitor TF...
Di sinilah terletaknya kepentingan program/indi utk aku... Aku rekabentuk sedemikian rupa utk monitor CS semua TF.... Biasanya aku lebih tumpukan pada 'ceiling-floor' dan "fractals bull bear fighting".... yang lain agak lagging.



Berkaitan TF...

TF yang lain aku gunakan utk merujuk kedudukan BULL dan BEAR... dan hala tuju trend mengikut HI LO....


Aku guna M5 sebab ia lebih tajam.... (tapi kengkadang aku tertipu gak oleh pergerakan CS).... dan mungkin gak style aku.... sebab aku just follow ke mana CS tu nak pergi.... aku tak guna TP bila berada kat depan komputer.... dan aku tak guna fibo...(tapi tak sebarang follow.... aku follow guna ceiling-floor+fractal+failure swing)

Apa yg sebenarnya aku guna lebih kepada.... keadaan semasa pertarungan antara bull-bear ... melihat cerita secara live (siap dengan berapa % CS dah complete).

OB dan OS bagi aku bermaksud 'alert' atau 'high risk'.... tap tak semestinya akan ubah trend (aku pecahkan kepada 2... weak and high risk.... strong but high risk)
__________________

Tuesday, February 26, 2008

Kajian (4) : Trend HI LO

February 26, 2008

"dan seperti yg aku kata... aku tidak tahu semua perkara...
kecuali jika aku betul-betul ingin tahu aku akan berusaha... style dan sumber kekuatan aku terletak pada 'focusing'"


BD... Sesungguhnya aku suka dengar ayat kor yang aku BOLD... Bagi aku itulah dikatakan EDGE dalam trading... ..
Aku terbaca kata2 soros kenapa currency moves...
  1. Inside factor..
  2. Outside factor
  3. Unknown factor...
So sebab ada unknown factor yang menyebabkan currency moves.... maka betullah ayat kor untuk tidak perlu tahu semua perkara.... Bagi aku focus on what you know is better daripada enter market secara random...
Bak kata napoleon hill... untuk berjaya dengan sesuatu bidang; anda kena obsess dengan apa yang anda buat... Hingga masuk dalam mimpi... aku yakin semasa mandi hang masih memikirkan tentang theori disebalik methodologi ini...(aku rasa ler)...
p/s:
How you define trend in your method??
JC


Trend... aku pun tak begitu pasti apa cara sebenarnya yg aku tengah guna ni... mungkin HI LO... mungkin CS.... mungkin chart pattern aku pun tak pasti. Yang pasti ini lah yg aku tengah buat....

1...


2...

Sebagai langkah keselamatan aku trade ikut ceiling-floor yg color ungu tu... dan sekurang-kurangnya ada confirmation....

Sunday, February 10, 2008

Kajian (3) : "Chart Pattern and Time Frame"

February 10, 2008

BDDalam buku Larry William.. dia ada bangkitkan isu pattern yang sama tanpa mengira timeframes....
Jawapannya:-
1. Price berubah dari Small Range menjadi Big Range dan dari Big Range Bertukar kepada small range...
2. Small range candle akan follow by big range candle... dan biasanya Big Range Candle begin near at closed of previous candle...
So... Ini adalah pattern yang berlaku untuk semua TF.. Cuma aku tak dapat selesaikan isu Direction... Bila price move in small range.. Obviously big range is waiting for us.. But which direction??.. Selepas you see small range candle.. Obviously Big range candle is waiting for us..
JC.

Aku hampir tak menjawab soalan.... Pendapat aku.... meskipun aku dapat rasakan yg aku tak mampu menjawab dengan tepat :

Apa sebenarnya yg aku nak cerita ialah teori aku tentang apa yg berlaku pada CS
pada ketika reversal trend berlaku. Kemungkinan tak semestinya tepat... tapi
sekurang-kurangnya boleh dijadikan asas untuk berfikir.... bagi peminat CS dan chart pattern.

Terdapat 2 pendapat.... Satu mengatakan bahawa TF besar akan
merealisasikan apa yg akan berlaku pada TF kecil dan satu lagi pendapat TF kecil
mampu memberikan kesan pada TF besar... Pendapat aku secara peribadi (cewah...
mcm temuramahlah plak ) ... kedua-dua pendapat di atas aku terima dan kedua-duanya adalah 'kemungkinan' ... Ini juga merupakan satu lagi ciri trading style aku
iaitu berdasarkan probabilities... Aku sentiasa mempertimbangkan tanpa mengira
adakah % kemungkinan sesuatu berlaku adalah besar atau kecil....k...

Diteruskan cerita.... alasan yang aku kemukakan utk pendapat kedua ialah.... tanda2 awal reversal adalah lebih awal muncul pada TF kecil berbanding TF besar....
Kemungkinan wave tersebut pada mulanya kita fikirkan sebagai correction wave...
tetapi apa bila ia cukup strong sehingga break channel dan the last high ... CS
seolah-olah cuba memberitahu bahawa trend berkemungkinan besar akan
berubah... Tetapi.... (ada 'tetapi'nya ) pada ketika... atau sejurus selepas CS
break channel... sebenarnya itu bukanlah the best entry.... sebab menurut teori yang aku yakini 'market sentisa bergerak dalam impulse dan correction tanpa mengira sama ada dalam keadaan DT atau UT'....

So apa yg kita kena buat ialah... Kita tunggu sehingga wave tersebut melakukan correction.... perhatikan adakah ia akan melepasi the last high atau low.... jika ia tidak melepasi... kemungkinan besar trend dah betul2 berubah (aku tak cakap confirm... sebab aku sentiasa cakap probabilities)....

Tapi jika melepasi bermakna reversal tidak berlaku.... sekurangnya2 kita dah terselamat sebab tak enter market ketika channel break...

Saturday, February 9, 2008

Kajian (2) : Candlestick Pattern

Pandangan aku secara peribadi terhadap candle pattern

Aku nak kemukakan sedikit pandangan aku terhadap candle pattern..... Meskipun aku sentiasa nyatakan tidak ada indi yg lebih tajam berbanding CS.... tetapi aku tidak study pattern sebagaimana yg telah dikenali secara umum.... iaitu hammer.... engulfing.... shooting star.... dark cloud cover... dan sebagainya. Aku tidak tumpukan perhatian pada pattern2 tersebut.... kenapa?
Menurut pandangan aku secara peribadi.... meskipun pattern2 tersebut adakalanya valid.... tetapi bagi aku ini bukan cara utk memahami price.... pattern2 tersebut terbentuk disebabkan oleh cara chart terplot mengikut skala masa tertentu. Andaikata data-data diplotkan semula kedalam chart tetapi masa permulaan plot dianjakkan sedikit ke hadapan.... adakah pattern2 tersebut akan terbentuk....????
Aku hanya percaya.... pattern2 tertentu akan sentiasa berlaku dan berulang tanpa mengira TF kecil atau TF besar....kenapa? Aku sukar huraikan dengan perkataan.... tetapi pemahaman aku...."aku melihat bagaimana electron mengelilingi proton dan neutron di dalam atom..... akhirnya pattern tersebut diikuti dan diulangi oleh bulan mengelilingi bumi.... bumi dan planet-planet mengelilingi matahari didalam.... sistem suria.... akhirnya sistem-sistem suria di alam semesta melakukan pattern yg sama dalam galaxy..... dan galaxy?????"
Jadi apa sebenarnya yg aku tengah buat? Aku cuba mengenal pasti :
  1. Basic pattern.....
  2. Variation pattern....
  3. False pattern

Tuesday, January 1, 2008

Kajian (1) : Memahami Prinsip Pergerakan Wave Market

January 1, 2008

Ada otai katamarket tk move in one direction sbb ada trader trade 3 tick chart ada 5 min ada 1 hr ada 4hr ada daily,weeklyso lain timeframe lain signal dia kasi...daily nmpk ranging tapi 1sec chart byk je wave...so mcmane gd lux~

Apa yg aku tengah cuba apply kat sistem adalah kefahaman aku terhadap wave.... iaitu market sentiasa bergerak dalam bentuk impulse dan correction tidak kira dalam keadaan DT dan UT atau sideways.... Meskipun aku tidak terlalu mendalami Chaos Theory dan Elliot Wave... tapi rasanya apa yg aku nyatakan kat atas tidak bertentangan dengan kedua-dua teori tersebut....
Pattern2 tertentu akan sentisa berulang samada dalam TF besar atau kecil.... tapi jika nak selamat kena ikut trend tertentu.... maksud aku 'tertentu' bergantung sama ada kita main long term atau short term..... Sedikit yg aku dapat dalam EW.... dalam satu wave terdapat sub-sub wave.... sub-sub wave tersebut dapat diperhatikan pada TF kecil.... dan keadaan ini seolah-olah berulang-ulang dari satu TF ke TF yg lain....
Style yg akan aku lakukan adalah open trade pada permulaan impulse dan close pada akhir impule pada TF kecil..... (kemungkinan M5+M15).... Ketepatan untuk open dan close kemungkinan bergantung pada kefahaman yg aku program kat indi (just baca .... bukan trade secara auto) + pengalaman.... (bermakna sistem ini memanipulasi kecepatan komputer dalam melakukan kiraan dan ciri2 intelligent yg ada pada manusia.... cyborg)
Pattern dipecahkan kepada sub2 pattern. Semakin banyak kemungkinan terhadap sub-sub pattern tertentu yg dipertimbangkan.... maka semakin tepat keputusan yg bakal dibuat....
Ini adalah berfikir cara programmer. Hanya fikirkan kemungkinan tanpa perlu meramal masa depan. (matematik : anggaran+kebarangkalian+andaian).
Satu yg aku hampir lupa..... untuk enter ... market kena aktif sekurang-kurangnya pada tahap yg tertentu.... Jika tak... mungkin post tu tak cukup utk cover spread sehingga trend. berubah.
P/s...
Nampaknya aku dah dedahkan sistem aku..... ini adalah inspirasi untuk aku dan untuk semua....."SELAMAT TAHUN BARU"